Rabu, 15 Februari 2012

catatan perjalanan 1

assalamualeykum.
lama sudah saya tak menulis dalam blog ini. kekangan masa dan pelbagai halangan mendatang tetapi alhamdulillah, ana cuba menulis.
hari ni, 15/2/2012. sudah sebulan lebih ana di tukarkan ke ipgktar, kota samarahan ini. pada mula2 menjejakkan kaki ke sini, banyak fikiran yang serong dan negatif menerjah minda ana hasil pandangan daripada teman-teman. memang pada awalnya ana agak keberatan untuk ke sini tetapi kerana mahukan cabaran dan tidak mahu jumud dalam sesuatu perkara, ana datang juga ke bumi kenyalang ini.
ana menerima surat arahan pertukaran pada 30/11/2011. arahan pertukaran ana ialah pada 16/11/2011. ana datang melapor diri pada 6/12/2011 dan kembali semula menyambung tugasan di semenanjung sehingga sesi persekolahan dibuka pada 4/1/2012.
ana memulakan tugas secara rasminya pada 4/1/2012. seminggu di sini, cukup releks kerana tidak diberikan sebarang kelas untuk diajar tetapi selepas itu, ana mula mengajar.
sepanjang sebulan di sini ana sudah didedahkan dengan beberapa perkara baru dalam dairi hidup ana. pertama dari segi makanannya, kedua beberapa adat dan adab, ketiga tempat-tempat menarik dan istimewa dan kenalan yang cukup peramah. ikhlasnya, kekawan di sini lebih akrab dari di semenanjung.
walaupun begitu, jiwa ana tidak sesuai dengan bumi sarawak ini kerana pastinya ana akan pulang ke bumi tok janggut jua. insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan